Friday, September 30, 2011

30/09/2011

Hari ni aku menjalani kehidupan seperti biasa..Tiada apa yang luar biasa berlaku pada hari ini. Sedar tak sedar hanya tinggal 3 hari saja lagi Penilaian Menengah Rendah.(PMR) yang selama ni aku tunggu tunggu..Aku harap result aku baik..Aku tak nak kecewakan harapan Umi dengan Abah aku...
aku harap result aku elok..aku nak sangat pegi mrsm balik..
kembali kepada kehidupan aku masa form 1..
aku harap sangat ya Allah...
.

aku apply Mrsm Kuching , Sarawak  dengan
Sekolah Menegah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan

hopefully dapat mrsm..amin...

kepada semua rakan2 yang ambil exam PMR tahun ni..
saya ucapkan selamat menjalani exam PMR oke..
buat yang terbaik...wish you a good Luck..<3





Berfikir sejenak...

kadang kadang aku terfikir, ape tujuan aku hidup sebenarnya...kebanyakkan orang yang kenal aku mungkin tak tahu lagi ape sifat sebenar aku..macam mana menderitanya aku menghadapi hidup ini. Mungkin sesetengah orang kata aku ni jahat, playboy, suka mainkan hati perempuan...Tapi diorang tak pernah tahu kenapa aku buat macam tu. kadang kadang bila kita sayangkan seseorang kita tak tahu macam mana nak tunjukkan kat die. Aku menyayangi banyak orang..tetapi aku menyalahgunakan rasa sayang itu ..Mungkin aku berdosa kerana telah memainkan banyak hati orang yang sayangi aku..bukan niat aku nak memainkan hati diorang..tapi seperti yang aku cakap tadi aku cuma tak tahu macam mana nak tunjukkan rasa sayang ni kepada orang yang amat aku sayang.Aku dah salah gunakan perasaan sayang itu. Hanya itu kesilapan yang aku kesalkan sekarang...namun apa yang aku mampu buat? aku hanya boleh berserah dan memohon kempunan kepada Allah S.W..T dengan harapan Allah membukakan pintu hati mereka yang pernah aku sakiti untuk memaafkan diri ni...Hanya itu yang aku harapkan....

mulakan hidup baru..

alhamdulillah aku bersyukur sebab Allah maseh lagi bagi aku kesempatan untuk terus menjalani hidup yang singkat ni. Sebenarnya aku maseh mencari cari apa erti kebahagian yang hakiki untuk aku. aku semakin rasa yang hidup aku ni akan jadi semakin singkat. Mungkinkah benar hidup aku akan menjadi semakin singkat??

Ya Allah janganlah Kau ambil nyawa hamba...kerana hamba maseh ingin berbakti kepada kedua orang tua hamba Ya Allah.. Berikanlah hamba kekuatan untuk mengharungi hidup hamba di dunia ini dengan masa yang semakin suntuk. Hamba redha Ya Allah..jika nyawa hamba diambil semuda ini..namun hamba berharap yang hamba maseh mampu berbakti kepada kedua orang tua hamba. Hanya itu yang hamba inginkan..ya Allah..sebelum engkau mengambil nyawaku..aku ingin melakukan sesuatu yang boleh membuatkan seseorang itu bahagia ya Allah..Hamba sudah banyak melukakan hatinya ya Allah..Hamba berdosa kepada dia ya Allah..redhailah hamba ini ya Allah...berkatilah hidup hamba...amin ya rabbal alamin...

Hanya itu sahaja permintaan aku jika masa aku sudah sampai...
aku hanya ingin membuat bakti kepada orang tua ku...
aku hanya ingin melakukan sesuatu yang boleh membahagaiakan orang yang telah hamba sakiti hatinya ya Allah..hamba berdosa kepada nya..ampunilah segala dosa hamba ini Ya Allah....

kepada awak.....saya harap awak sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..
saya harap awak boleh maafkan saya yea...